Saturday, 9 May 2015

Route

Route atau laluan perjalanan untuk aktiviti berbasikal ini, pihak kami telah sediakan beberapa laluan mengikut kemampuan pengunjung tersebut.


Route 1- Beginner (km)
=click here for detail=

Route 2 - Medium (km)
=click here for detail=

Route 3 - Expert (km)
=click here for detail=

KUANG BICYCLE GETAWAY
Feel the experience,call us now!!! +6013-3580776 !!!
BASIKAL SEWA & TOUR GUIDE & SIGHTSEING



Friday, 8 May 2015

OUR OBJECTIVE

Objektif utama kami adalah untuk memeriahkan lagi sektor pelancongan dengan aktiviti berbasikal yang sihat.

Mahu menjadikan aktiviti berbasikal di Kuang ini sebagai salah satu tarikan pelancongan di Malaysia iaitu di bawah kalendar pelancongan Tourism Malaysia.

Juga mahu menjadikan aktiviti berbasikal di Kuang ini sebagai salah satu tarikan pelancongan di Negeri Selangor iaitu di bawah kalendar pelancongan Tourism Selangor.

Di samping mahu mempopularkan nama Kuang & Sg Buloh sebagai salah satu tempat tarikan pelancong.


 Tidak lupa juga mahu menaik & menyerapkan aktiviti berbasikal yang sihat ini kepada masyarakat.

KUANG BICYCLE GETAWAY
Feel the experience,call us now!!! +6013-3580776 !!!
BASIKAL SEWA & TOUR GUIDE & SIGHTSEING



Wednesday, 6 May 2015

INTRODUCTION

Memperkenalkan syarikat kami Altimat Connection Enterprise yang merupakan syarikat tempatan yang beralamat di No7, Kedai MPS,Sg Plong,47000 Sungai Buloh,Selangor yang Diasaskan pada tahun 2012 oleh anak jati Kuang.Bermula dengan perniagaan kereta sewa & kemudian dikembangkan kepada perniagaan lain seperti carwash ,homestay ,travel & t-shirt printing.Tetapi kali ini,pihak kami akan melancarkan cabang baru iaitu KUANG BICYCLE GETAWAY.
Jadi,bermula tahun ini,dengan melihat aktiviti berbasikal yang boleh dijadikan sebagai satu aktiviti riadah yang baik & sihat,pihak kami kami ingin mengambil peluang di dalam mempopularkan & memudahkan aktiviti sukan berbasikal ini kepada semua lapisan masyarakat terutama yang tidak mempunyai basikal yang sesuai.
Di sini pihak kami menyediakan perkhidmatan SEWA BASIKAL,aktiviti berbasikal & TOUR GUIDE di dalam kawasan litar kampung Kuang ini yang merangkumi Ladang Baru,Kampung Cempedak,Kg Damai,Kg Setia,Kundang,Tasik Biru ,Kg Gombak & sekitarnya.
Di samping itu juga,pihak kami juga ingin memapar & mempopularkan keunikan ,keindahan ,kehijauan & tarikan kampung kami kepada semua pengunjung.Tujuan utama kami adalah mahu memberikan satu pengalaman berbasikal di kawasan kampung kami yang mendamaikan & keluar dari kesibukan kota.

Pernahkan anda melihat kebiruan & kemeriahan di Tasik Biru Kundang???lihat gambar di sebelah.
Ya,kita boleh berbasikal santai ke sini & sambil berehat atau mungkin boleh bergambar sebagai kenangan.
Walaupun kebanyakan basikal kami dari jenis mountain bike,tetapi kami juga boleh usaha untuk mendapat basikal-basikal jenis lain mengikut permintaan pengunjung.Tapi perlu makluman awal.Tidak lupa juga kelengkapan keselamatan untuk berbasikal juga kami akan sediakan.
Pastinya ini satu pengalaman yang menyeronokkan & menyihatkan terutama yang datang sekeluarga.Rasa penat & berpeluh dengan kepuasan berbasikal dalam keadaan kampung.Litar berbasikal yang kami sediakan juga akan dikuranglan terlibat dengan jalanraya besar supaya lebih selamat.
Apa tunggu lagi,jom berbasikal bersama kami,

KUANG BICYCLE GETAWAY.

 Ikhlas dari saya,
Zool Altimat